KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Habibi Majinji memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semasa peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin merujuk laporan polis yang dibuat anak guamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 12 Dis 2014, Habibi, 46, bersetuju dengan peguam itu bahawa laporan polis hanya menyatakan kesangsian Khairuddin terhadap urus tadbir syarikat 1MDB.
"Laporan polis itu kemudian dirujuk kepada unit siasatan jenayah Bukit Aman," kata Habibi semasa disoal balas Mohamed Haniff pada hari ketiga perbicaraan kes saman Khairuddin terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan tujuh individu lagi berhubung penahanan dan pendakwaannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon.
Mohamed Hanif: Adakah ACP (Habibi) setuju bahawa Khairuddin juga ada memuat naik komen mengenai isu 1MDB di akaun Facebooknya, namun tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib.
Habibi: Setuju.
Habibi, selaku defendan ketiga dalam kes saman itu turut bersetuju dengan cadangan Mohamed Haniff bahawa laporan media berkaitan kenyataan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung penubuhan pasukan khas untuk menyiasat isu 1MDB tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Najib telah mengeluarkan kenyataan yang mana dakwaan terdapat kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya adalah tuduhan liar dan mensabotaj kerajaan.
Terdahulu, semasa membacakan penyataan saksinya, Habibi berkata beliau membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP C. Muniandy untuk melanjutkan penahanan terhadap Khairuddin selama 28 hari di bawah SOSMA bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 124K dan Seksyen 124L Kanun Keseksaan.
"Saya berpuas hati bahawa permohonan lanjutan penahanan Khairuddin adalah kerana Muniandy memerlukan saksi dan dokumen untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu," katanya yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah ketika menjawab soalan Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi.
Pada Mei 2018, Khairuddin memfailkan saman itu terhadap ASP Wan Aeidil Wan Abdullah dan Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji dan Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.
Turut dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan ialah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Kerajaan Malaysia.
Khairuddin mendakwa beliau telah ditahan pihak berkuasa pada 18 Sept 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, dan pada 23 Sept tahun sama selepas dibebaskan, plaintif ditahan semula mengikut SOSMA dan telah berada dalam tahanan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 124L akta sama atas dakwaan cuba melakukan sabotaj pada perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
Secara keseluruhan, plaintif telah ditahan selama 60 hari di Penjara Sungai Buloh dan pada 12 Mei 2017, mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadap plaintif dan Khairuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Plaintif mendakwa tindakan semua defendan menahan dan mendakwanya di mahkamah dilakukan dengan niat jahat dan melanggar hak kebebasannya di bawah Perlembagaan Persekutuan selain mendakwa reputasi dan imejnya sebagai ahli politik telah terjejas.
Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh sambung perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
Secara keseluruhan, Khairuddin telah ditahan selama 60 hari di Penjara Sungai Buloh. - Gambar fail
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.
Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.
Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.
Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.
'Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin
Khairuddin memberitahu Mahkamah Tinggi penahanannya oleh polis di bawah SOSMA adalah untuk melindungi Najib.